Archive for June 2011

Lama Tak Exercise Jari Kat Keyboard

Lama Tak Exercise Jari Kat Keyboard. 

Kedudukan jari pada keyboard


Apakah aku maksud kan?

Okey, sebenarnya aku lama tak main game. Seriously main game macam Defense of the Acient (DoTA) , Counter Strike (CS 1.6), Counter Strike Condition Zero (CSCZ), Blackshot dan Heroes of Newerth (HoN) memerlukan kelajuan jari yang amat pantas dan strategy yang orang lain tak boleh baca. hehe. Lately ni, aku jarang main dah game tu semua, sebabnya satu tak ada geng nak men. Aku malaslah main dengan orang-orang yang aku tak kenal, sebab aku tahu tak syok dan tak ada teamwork. 

DoTA
HON
cs 1.6

Game-game macam ni suma perlukan kerjasama macam cite katun Wonderpet , "Apa yang penting? Kerjasama". LOL. Lagi satu aku malas main sebab ada Maphack (Hack). Mana aci kalo main tipu sedangkan kita main elok-elok bersih lagi.

 Memang susah la nak menang. Tapi semenjak aku main dengan member-member aku, dapat jugaklah aku kalahkan dorang yang kaki Maphack. Bukan nak poyo atau berlagak, dah sure chemistry team ada, memang sure boleh menang. Betul tak korang? Macam main bola sepak, kalau team  tak ada chemistry each other sure-sure senang lobos je bola tu masuk dalam goal. 



Okey itu sahaja aku nak cerita. Actually aku bosan sangat malam ni.Petang tadi aku jenjalan dengan Rapunzel aku, kitorang pergi tengok cite Blitz, agak familiar nama ni dekat dalam game, tapi aku tak paham jugak cite tu pasal ape pun. -,-" Good Nite alls. 
Saturday 25 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile

Malaysian Website Rankings For May 2011

Thursday 23 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

Wordless Wednesday : FINE!


Wednesday 22 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile

Wordless Wednesday : NO MONEY


psst : saya extender, loan tak masuk sudah :"( 
Posted by Ayie|Phrofile

Faktor utama kanak-kanak jadi mangsa culik dan rogol

Okey. Aku baru saja habis kelas. Balik-balik aku terus on laptop pergi www.facebook.com macam biasa.
Bosan, tak ada notification ape-ape. Tapi lepas beberapa minit aku dapat satu message.
Dan message itu datangnya dari Mak Su aku yang tengah amik SPM tahun ni.
So message die :


In your opinion, what makes children vulnerable to cases of kidnapping and raping? State your reasons.

Jadi, aku rasa aku tertarik pulak en dengan soalan macam ni. Sekali gus , aku nak share jugak ngan korang apa pendapat aku okey. Aku nak jawab dalam BM saje lah, tak reti sangat English, Sorry yeah Maksu.

Pada pendapat aku , sebab utama kes ni tidak lain tidak bukan mestilah pihak ibubapa. Sekarang ni, sesetengah ibubapa tak ambil risau fasal kemana anak-anak dorang pergi, berkawan dengan siapa. Selain itu, dorang pun melepaskan tanggungjawab diorang terhadap anak-anak diorang, contohnya dorang biarkan anak-anak diorang tinggal sorang-sorang kat rumah, biarkan anak-anak pergi kedai sorang-sorang, pergi sekolah naik bas sorang-sorang tak berteman. Mana tak nye dorang tak kena culik dengan "orang-orang luar" ni. Seolah-olah ibubapa ni nak sangat anak dorang kena culik. Lagi satu, kalau takda orang nak hantar anak-anak pergi sekolah, hantarkan lah dorang dengan Bas Sekolah ke tak pun van sekolah yang sekarang aku tengok makin banyak orang buat bisnes dengan cara ni. Jadi, ibubapa diluar sana janganlah pandang remeh fasal keselamatan anak-anak korang semua.

Itu sahaja lah pendapat aku. Korang sependapat tak bahawa faktor utama ni adalah ibubapa sendiri ?
Posted by Ayie|Phrofile

Aku bengang dengan blog ni!


Assalamualaikum korang suma! Dah lunch? Okey sure korang dah lunch kan. Lunch ape? Aku lunch maggi je ari ini. sobs T_T. Jadi kesempatan ini, aku nak story lah sikit kebengangan aku dengan blog aku ni. Korang nak tahu ape? Meh tengok bawah sini :

1. Bila aku masukkan http://ayie-othman.co.cc/namapostblabla.html.
kuar macam ni..


2. Tapi bila aku masuk http://ayie-othman.blogspot.com/namapostblabla.html
Kuar pulak yang macam ini.


Kepada sesiapa yang tahu, ajar lah aku. dan bagitahu ape masalah nye, masalah domain? So aku tak boleh pakai lah domain co.cc ? Betul ke? Huh, payah betol. Lagi satu, Aku jugak tak boleh lagi guna comment form disqus dan share button, for sure die share Ayie Othman lagik. Then button comment disqus die tak direct ke link, tapi direct ke homepage. Tolong aku kawan2 blogger sekalian alam. 
Sunday 19 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile

Ada barang baik untuk pengguna Google Chrome

Assalamualaikum semua! Selamat pagi! Kali ini aku ada benda nak share. Mungkin ada yang dah tahu, dan kepada yang tak tahu, especially pengguna Google Chrome, mari tengok something ni. Benda yang aku nak share ni berkaitan dengan facebook. Okey, terus terang, aku nak share pasal Facebook Clear. 

Okey, Facebook Clear (FC) ni adalah salah satu extension tak pun plugin yang boleh digunakan kat Google Chrome saje. Kalau korang guna FC ni , iklan-iklan yang ada kat tepi-tepi facebook akan clear. Maksudnya, kalau korang pakai browser Mozila Firefox, mesti ada semak iklan-iklan tepi tu kan? Kadang-kadang ada jugak iklan yang POP-UP window, so terasa semak lah kan kalo korang tengah2 IM tak pun dok comment dengan member. 

Benda ini aku nak share je, suka hati korang lah nak guna atau tak. Just untuk korang-korang yang diluar sana yang taknak serabut mabut bila online facebook. Dan aku nak tambah lagi sikit detail pasal benda alah ni. Jom tengok : 

1) Buang semua Iklan
2) Make navbar kat atas tu fixed
3) Add effect (reflection) kat image korang
4) Default Profile Picture korang jadi rounded macam Iphone icons.

Tu jela kot aku rasa sejak aku guna benda ni. Mari aku tunjuk screenshot. Tengok tau! haha.


Ha korang nampak tak rounded default profile picture? tak nampak klik la ! -,-

Ha ini untuk view gambar dalam theater
Dan ini korang akan jumpa bila bukak www.facebook.com ! Nice tak?


Amacam? Okey tak? Kalau nak cube click la bwh ni nanti ok. Tapi make sure korang pakai browser Google Chrome ok? Ok kalau dah pakai click sahaja INSTALL lepas itu. Then restart Google Chrome korang, then link la ke Facebook. Selamat mencuba!





Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

18#. Cerita Aku Pasal TM Streamyx



Assalamualaikum korang suma. Lama aku tak update blog gara-gara Internet asik putus-putus kat rumah ni. Korang nak tahu apa punca Internet putus-putus kat rumah ni? Mari aku cerita. Kalo korang tak nak baca pun korang baca lah jugak buat jadi informasi sendiri. haha. Okey, rumah ini pakai wireless dari TM Streamyx. So mula-mula aku on laptop aku dan connect wireless dalam rumah ini, semuanya okey, tak ada pun putus-putus. Lepas beberapa minggu, download punya download ok je. Sampai satu masa Internet buat hal. Aku lah orang yang menjadi mangsa, configure modem-modem semua sebab yang dah pro setting tuh da grad dah kan. Jadi, berhari-hari aku duk setting modem. Setting punya setting, semua dah ok. Tapi problem jugak lah kan asik putus-putus. Geram siot! Dan berhari-hari aku asik telefon operator TM, bosan dah aku asik suruh buat keje sama je. Ni nak selit sikit pasal TM, suka sangat operator tuh nak ikut protocol la ape la, nak sahkan no telefon lah, IC lah, macam lah aku wat panggilan palsu pulak.... 

Sampai la satu masa aku pun dapat ilham lah kan. Ilham sangat* . Okey, dari pemerhatian aku, aku dapat tahu bila aku connect sahaja ke wireless, terus putus-putus Internet bila kawan-kawan aku pakai. Tapi bila aku off, Internet ok sahaja. Aku pun hairan dan musykil. Adakah laptop aku ada virus? Oh bukan virus, hasil dari pertanyaan dan pertanyaan kat kawan aku yang pro sikit , dorang cakap laptop aku kacau line wireless and line internet. WTF? First time aku dengar ni. Aku pun usya2 lah Task Manager, tengok2 mana services yang sebabkan line kacau. Penat aku disable dan enable process, tak boleh jugak. Lastly aku fedup, then nak tahu apa aku buat? Aku reformat laptop aku. Dulu aku pakai Windows 7 Darkx Deluxe, maybe sebab setting yang sedia ada tu wat kan laptop aku intterupt connection tu. Dan sekarang aku pakai Windows 7 biasa punya. Aku teringin nak pakai Windows Server, tapi laptop aku mampu ke? Aku tak tahu lah. Nanti ada masa aku try la kan. 

Okey, itu saje lah aku nak cerita kottttt... Aku dah tak ada idea dah nak cerita panjang lebar, kalo panjang lebar tapi mengarut aku pun tak nak dan korang pun sure tak nak kan? btw, thank you sebab baca entri-entri blog ni. Blog ni tak ada lah famous sangat cam blog korang suma. hehe. Okey lah dah pukul 3.22 pagi dah ni. Nak chow dulu! Selamat Tido! 

Saturday 18 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile

17#. UNTITLED POST. -,-

it's a cruel world, and I'm just trying to survive.




LOL

Tuesday 7 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile

16#. Another Sorry.

 
 
 
i'm sorry for the pain that i cause you,
i dun want to make you feel like that,


"the person you care the most is the person you will let hurt you the most...."
now i know..


Sunday 5 June 2011
Posted by Ayie|Phrofile

- Copyright © Ayie Phrofile - Powered by Blogger -