Posted by : Ayie|Phrofile Saturday 18 June 2011



Assalamualaikum korang suma. Lama aku tak update blog gara-gara Internet asik putus-putus kat rumah ni. Korang nak tahu apa punca Internet putus-putus kat rumah ni? Mari aku cerita. Kalo korang tak nak baca pun korang baca lah jugak buat jadi informasi sendiri. haha. Okey, rumah ini pakai wireless dari TM Streamyx. So mula-mula aku on laptop aku dan connect wireless dalam rumah ini, semuanya okey, tak ada pun putus-putus. Lepas beberapa minggu, download punya download ok je. Sampai satu masa Internet buat hal. Aku lah orang yang menjadi mangsa, configure modem-modem semua sebab yang dah pro setting tuh da grad dah kan. Jadi, berhari-hari aku duk setting modem. Setting punya setting, semua dah ok. Tapi problem jugak lah kan asik putus-putus. Geram siot! Dan berhari-hari aku asik telefon operator TM, bosan dah aku asik suruh buat keje sama je. Ni nak selit sikit pasal TM, suka sangat operator tuh nak ikut protocol la ape la, nak sahkan no telefon lah, IC lah, macam lah aku wat panggilan palsu pulak.... 

Sampai la satu masa aku pun dapat ilham lah kan. Ilham sangat* . Okey, dari pemerhatian aku, aku dapat tahu bila aku connect sahaja ke wireless, terus putus-putus Internet bila kawan-kawan aku pakai. Tapi bila aku off, Internet ok sahaja. Aku pun hairan dan musykil. Adakah laptop aku ada virus? Oh bukan virus, hasil dari pertanyaan dan pertanyaan kat kawan aku yang pro sikit , dorang cakap laptop aku kacau line wireless and line internet. WTF? First time aku dengar ni. Aku pun usya2 lah Task Manager, tengok2 mana services yang sebabkan line kacau. Penat aku disable dan enable process, tak boleh jugak. Lastly aku fedup, then nak tahu apa aku buat? Aku reformat laptop aku. Dulu aku pakai Windows 7 Darkx Deluxe, maybe sebab setting yang sedia ada tu wat kan laptop aku intterupt connection tu. Dan sekarang aku pakai Windows 7 biasa punya. Aku teringin nak pakai Windows Server, tapi laptop aku mampu ke? Aku tak tahu lah. Nanti ada masa aku try la kan. 

Okey, itu saje lah aku nak cerita kottttt... Aku dah tak ada idea dah nak cerita panjang lebar, kalo panjang lebar tapi mengarut aku pun tak nak dan korang pun sure tak nak kan? btw, thank you sebab baca entri-entri blog ni. Blog ni tak ada lah famous sangat cam blog korang suma. hehe. Okey lah dah pukul 3.22 pagi dah ni. Nak chow dulu! Selamat Tido! 

{ 2 comments... read them below or Comment }

  1. Erm, lepas forma t tu camana? Ada perubahan tak dengan WiFi, for sure dah OK kan..

    psst: Jarang dengan problem camni..hehe

    ReplyDelete
  2. omar so far dah ok da ni. hehe lupe cite :D

    ReplyDelete

- Copyright © Ayie Phrofile - Powered by Blogger -