Archive for July 2011

Perasaan aku bila tengok "Sekali Lagi"

Sedih gila time ni.. aku nangis..

Romantik nye study cmni. perghh~

Tak ada orang kaco pun.. gile sweet <3 <3



p.s : So, aku tak leh tengok lah cite-cite sedih cenggini, macam Nur Kasih. pergh~
Saturday 23 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile

Tentang Hati Dan Perasaan Seorang Lelaki



Aku Ayie. Sekarang aku belajar di Kuantan. Aku amik course Civil Engineering. Kiranya aku ni budak civil lah. Aku final sem dah ni. Aku dah 21 tahun, masa depan memang kena pikir. Tapi aku tak pernah pun berangan apa aku akan jadi pada masa akan datang. Normally, macam korang-korang kat luar sana kalau duduk tempat aku sekarang, mesti pernah terpikir nak jadi ape lepas korang grade. Mesti korang nak jadi engineer suma. Tapi aku? Aku tak tahu lah aku nak berangan ape untuk masa depan. Macam aku tak ada cita-cita langsung.

Itu tadi pasal masa depan.


Itu lah aku.

Cinta? Yeah aku mengaku sekarang aku tengah bercinta. Aku jumpa si dia pun masa kolej dulu. Aku teringat dulu-dulu, aku selalu nak tarik perhatian dia. Tapi aku tak boleh, aku dah try, tak menjadi. Yelah aku ni sape je dulu awek-awek suma nak pandang. Aku kan skema. Yang aku ingat last, aku suruh kazen aku carikan beg "I LOVE JB" yang dia pakai jugak bawak pergi kelas. Nahh! aku dapat beg tu, dan aku pun pakai. Budak-budak ni pun pelik, mana lah aku datang dari JB. Kawan-kawan aku pun mula lah mengata , menganjing, tuptaptuptap kena bahan. haha! Tapi pasal beg tu tak ada bawak makna pun bagi dia. Dia biasa-biasa je.

Dah lama jugak aku sama-sama dengan dia sejak 23 January 2010. Pahit,manis,suka,gembira tak lupa jugak yang duka, semuanya pernah kitorang rasa. Tapi aku tak menyesal. Aku sayang dia sangat-sangat. Biarlah segala apa cara pun, aku tetap sayang kat dia.

Tapi sekarang, "Aku rindu kau, dan aku rindu cinta kita"..


Thursday 21 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

Laptop Berhantu!

Assalamualaikum suma! Aku tak tahu lah kenapa aku masih ada lagi menaip untuk blog ni. Serious aku bosan, lagi pun sape je nak baca blog ni. Nak saje aku delete bookmark kat Google Tabs ni. Aku hairan, kenapa aku still bukak blog ni.

Berbalik kepada title post, meh sini aku nak tunjuk korang, tengok ni :



Dapat tengok tak? Tu yang warna merah tu. Aku hairan kenapa tetibe penuh lak kan, padahal aku install suma dekat ( DISK (D:) ).. Runsing kepala aku, dah la dari hari ke hari makin lama makin sikit. Virus jenis apa lah pulak zaman sekarang kan. Mentang-mentanglah aku tak pakai anti-virus langsung. 

Cerita lain pulak, aku ada gak dapat alert msg ntah dari mana ntah, dia cakap "Congratulation n blalala" , ish gila siot laptop ni. Terdedah kepada spammer2. 

Lagi satu, kekadang, ada lak aku dengar bunyi lagu ntah dari mana datang, nak kata aku bukak youtube tak ada pulak. Time tu tak bukak browser ape-ape pun, tetibe ada lagu Wonder Girls seterusnya music sentimental. pelik aku.

Ok, bye! Nak instal Microsoft Security Essential! :) 
Tuesday 19 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

Ada Empat Perkara.. Meh Baca!


Dalam dunia ni, ada 4 perkara yang korang secara langsung dah tahu, dan tak tahu..
Nak tahu apa cerita? Dulu time aku darjah 3 or 6, cikgu aku pernah cerita pasal benda ni, aku lupa nama cikgu tu..Maaf cikgu..

Okey cerita dia bermula time cikgu aku lukis 4 petak sama sisi rapat2 macam ni :


Dia pun tanya kitorang satu kelas:

"tahu tak apa maksud ni dalam kehidupan kita?"

"Kitorang tak tau"... Then dia cerita..

Okey dalam kehidupan kita ada 4 perkara yang sering berlaku..

1) Pertamanya, Ada orang tak tahu tapi kita tahu. Contohnya : Korang kentut senyap2, dan orang lain tak tahu tapi kau sorang saje tahu..

2) Kedua, Dorang tak tahu dan kita pun tak tahu.. Contohnya : Aku lupa lak. (Korang pikir sendiri la)

3) Ketiga, Ada orang tahu tapi kita tak tahu.. Contohnya : Korang tak perasan yang korang punya bontot ada chewing-gum, tapi orang lain perasan.. 

4) Keempat, Semua orang tahu.. Contohnya : Cuti Hari Raya.. Haha 


Sampai sekarang aku masih teringat pasal benda ni. Itu sahaja nak share. TQ :)
Saturday 9 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile

Kisah Aku Pergi Pejabat PASDEC Kuantan



Hoi korang! agak kurang sopan.

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Orite , Korang sehat-sehat belaka? Ke ada yang demam-demam? Makan panadol ok. Pastu minum 100PLUS la 2-3 botol sure esok ok. InsyaAllah :).

Kali ni aku nak cerita pasal something new yang aku buat. Korang tahu tak ape itu PASDEC?. Pasdec ni merupakan developer kepada projek-projek yang terlibat dalam perumahan, rumah kedai dan sebagainya lah. 

Jadi hari ni lepas kelas dalam pukul 2 cenggitu aku dan kawan aku decide nak pergi situ lepas disarankan oleh lecterur kitorang. Apa tujuan kitorang? Okey kitorang nak pelan rumah yang ada sekali dengan Structural Drawing dan Architecture Drawing untuk .... kitorang punya subjek where is  CIVIL ENGINEERING CONSTRUCTION PROJECT (ECM 317) .   

Okey, sampai di lokasi where is Teruntum Complex yang adanya pejabat diorang ni. Kitorang naik lift dan masuk terus ke bahagian Reception tingkat 14 secara confidentnye, tapi diarahkan pergi ke tingkat 13 sebab tu bahagian Admin Manager. Okey kitorang pun disambut oleh seorang akak ni dekat pintu masuk, dia kata ;


Akak : Ni nak jumpa siapa?
Kitorang : Kitorang nak amik structural drawing.
Akak : Dari mana ni?
Aku : Kitorang dari KPTM.

Then die pun lepas tangan kat brother lain plak dan brother tu kata ;

Brother : Korang pergi jela jumpe En. Mayadi, dalam bilik tu, terus je ok.
Kitorang : Ok mekasih brooooo!

Lalu aku pun ketuk la pintu En. Mayadi tu then kitorang pun masuk. Aku terkial2 en then aku guna la ayat skema aku. Aku berkata;


Aku : Kitorang dari KPTM nak amik Structural Drawing boleh tak?
En. Mayadi : Ha? Duduk dulu.. 

Aku dengan kawan aku, Phat pun duduk lah kan.. Then cerita-cerita lah ape tujuan kitorang datang suma. Tapi yang tak boleh belah dia banyak soal uh. Aku dah la tak tahu ape-ape tujuan kitorang amik plan tu. Aku cakap je untuk buat Bill of Quantities (BQ). Dia pun hairan, tak kan guna Structural Drawing untuk benda tu.

Lastly, dapat tahu yang kitorang hanya buat Taking Off, yang kitorang pun tak tahu tu ape. Then dia pun cakap la "kitorang xda yang extra punya, sebab dulu kitorang ada Printer Plan, jadi senang saje kalo nak mintak, tapi sekarang kitorang dah tak ada susah la sikit nak bagi". Aku pun dah rasa macam patah hati dah. Macam harapan nak plan tu tak ada.

Then beberapa minit lepas tu, dia call bahagian mana ntah, dia suruh orang-orang dalam carikan plan projek-projek lama. Kalau ada rezeki, aku dapat lah time tu. Then seorang perempuan datang cakap dah tak ada dah plan tu, yang ada pun nak pergi hantar kat arkib. Entah aku tak tahu ape itu. Then En. Mayadi pun baik hati , dia pikir pasal anak dia yang mungkin akan macam kitaorang ni. Dia pun suruh perempuan tu cari jugak plan lama-lama bagi kat kitorang.

Lastly, kitorang pun dapat full punya plan siap dengan Infrastructure Drawing. Pergh 1st time aku tengok pelan sebesar dan setebal gedabak tu. haha! Kitorang pun rasa lega lah jugak. Tak payah lagi pergi cari dekat MPKuantan tak pun office consultant. Then kitorang balik lah buat macam office sendiri.

So, the conclusion, En. Mayadi tu amat baik hati, dia memang nak tolong kitorang pun walaupun tak kenal dan beborak agak setengah jam gak lah. Kalau mintak dekat orang lain lagi-lagi bukan Melayu memang susah kitorang nak dilayan macam tu. Agak besar hati jugaklah dapat berurusan dengan orang macam beliau.

Link : PASDEC


Thursday 7 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile

Wordless Wednesday : My Yahoo Messenger

Tuesday 5 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile

KISAH AKU PASAL AKU (T3 Download)

Okey, sorry guys sebab lama tak update untuk blog ni. Aku dah tak terasa dah addicted sangat nak blogging pun, apatah lagi aku nak mengadap laptop. Semuanya bosan dah bagi aku, ada internet tak ada internet sama saje bagi aku. Aku sekarang dah busy sikit, bukan pasal kerja mahupun study, tapi masalah yang aku hadapi sekarang. Aku setiap kali dok runsing-runsing memikirkannye. haha! Agak personal pulak entri kali ini. Tapi nak buat macam mana aku type ni pun ikot apa yang terlintas kat dalam kepala otak aku. cehh!

Okey, semua mesti pernah ada masalah duitkan? ke tak ada? Tu aku rasa orang-orang berada yang tak ada masalah duit tak pun orang-orang yang dah bekerjaya. Huih, aku ni? Perghh masalah no satu aku tu kot. Asik-asik aku cerita pasal duit, memang tak lain tak bukan aku memang perlukan duit. Tengok lah, nak makan pun aku pikir 2 - 3 kali, apatah lagi aku nak topup -,-! . LOL!

Dah tak ada duit, kena lah kerja kan? Tapi nak kerja pun perlukan duit gak. Setuju tak cakap aku? Mana tak nye nak beli seluar lah, kasut lah macam-macam lah. Nak pergi tempat keje pun mesti ada duit. Ye, kawan-kawan aku semua suruh aku kerja, tapi dorang tak paham yang aku ni memang dah tak ada duit dah -,-! Aku pun hairan kenapa aku macam ni. Ish kalau aku tak extend 1 sem, sure aku tak ada masalah ni. Boleh aku duduk rumah tak pun kerja area rumah aku , sure sangat makanan ditanggung mak aku. Tapi ape boleh buat, nasi dah jadi bubur kan.

Ahh! Mesti korang totally bosan dengar aku punya entri kali ni. Dengan itu, aku bye-bye lah! haha.
Sorry la aku cerita personal sikit ni, aku dah bosan tahap dewa! Dorang semua main futsal, aku kena tinggal plak! Fine! Esok pulak dorang tengok transformer 3! Aku nak follow pun tak ada duit. Bapak kaya dorang suma. Arggh! Aku nak download je transformer tu! Dah ada da mediafiremovie upload. haha! Ni tengok screenshot :





Okey lah! Selamat malam!


DOWNLOAD TRANSFORMER : CLICK SINI!
Friday 1 July 2011
Posted by Ayie|Phrofile

- Copyright © Ayie Phrofile - Powered by Blogger -