Archive for August 2012

Salam Aidilfitri u olls

Assalamualaikum :) Nah untuk korang.

Esok lepas Subuh bergerak balik Segamat dengan pakcik! :) Balik kampung yeay!
Doakan aku selamat sampai ke destinasi, nak drive esok, takut lah banyak sangat excident skarang.

kan kan?
Korang tak balik kampung ka? Ke takdop kampung? NVM NVM NVM, Raya tetap raya, tak kesah kat mana skali pun. Buat yang kerja time raya, jangan sedih2 ok. Selamat Hari Raya, Berhati2 di jalan raya :)
Friday 17 August 2012
Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

U t u s a n

ternyata karma bernyawa
ternyata realiti menyakiti
di sana yang terang ;
di sini gelap bayang
namun ku beri senyuman
senyuman untuk merelakan.
kebahagian
kekecewaan
perjanjian
pemergian
sebuah kisah permulaan.


-AmirFarid
Tuesday 14 August 2012
Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

Ternyata


di tebing bulan
di kasih lautan
bertiang langit sedih
bertapak tanah jerih
aku melontar batu
memoir terdahulu
bertitis derita
berlaku paksa
yang dalamnya
terdiam meronta
mahu di dengar
apa yang di dasar
kerana bergolak
dan ia menolak
bersama dulu kita
bersama kita cinta
kini aku berdiri
menambah sunyi.

-AmirFarid
Monday 13 August 2012
Posted by Ayie|Phrofile
Tag :

Result yang agak memberi 1001 makna..


Assalamualaikum w.b.t.

3 Ogos lepas, beday Shak, ok Selamat Hari Lahir Shak. 

And ada lagi 1, pasal result UiTM... Apa aku boleh cakap kat sini pasal result ni? Alhamdulillah, tak de repeat. Tapi agak mengecewakan jugak lah sebab pointer low gila. Ibarat kalau main game, sure2 dah kena kick kalau low point. 



 Jadi, pengajaran bagi sem lepas, sem depan aku try fokus lebih lagi. Dan aku tahu Degree ni tak macam diploma dulu yang selalu kena suap dengan lecturer sendiri. OK, InsyAllah jumpa sem depan lagi FKA,

Posted by Ayie|Phrofile
Tag : ,

- Copyright © Ayie Phrofile - Powered by Blogger -